Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Friday, July 18, 2014

Ali Zainal Abidin



Jika menurut sejarahnya ada pun dikhabarkan bahawa Sayyidina Hassan telah wafat syahid mati diracun. Manakala Sayyidina Hussin pula wafat telah gugur syahid dimedan perang Karbala. Angkara konspirasi percaturan musuh-musuh Ahlul Bait, dalam pembantaian dan penghapusan etnik nasab keturunan Rasulullah SAW. Alhamdulillah, Allah itu Maha Penyelamat lagi Maha Merencana. Maka yang terselamat antaranya adalah Ali Zainal Abidin bin Sayyidina Hussin, satu-satunya warisan “lelaki” dari nasab Nabi Muhammad SAW yang maseh kecil itu. Maka dari Ali Zainal Abidin bin Sayyidina Hussin itu, maka bermulanya era baru, sebagai penyambung warisan nasab Rasulullah SAW.

Ada pun Ali Zainal Abidin itu beristeri 6, maka dari sinilah bermula dan terbitnya sebanyak 6 generasi Ahlul Bait. Maka pertaburan keluar atau bermukimnya mereka itu tidak banyak dicatitkan. Maka masing-masing telah banyak hilang haluan dan fahaman. Maka dari 6 generasi dari 6 ibu-ibu dan payung nan satu itu, maka mereka itulah telah berkembang dan membiaknya Ahlul Bait yang bertaburan diserata pelusuk dunia ini sehingga sekarang ini.

(1) Dari Isteri Pertama : Munculnya nasab Ahlul Bait 7 beradik, lelaki semuanya. Mereka itu adalah nasab “tertua”. Mereka adalah Ahlul Bait pertama keluar berhijrah lalu tiba dialam Melayu Nusantara. Riwayat mereka telah banyak dihilangkan dari catatan sejarah. Al-Hussin mereka keluar sekira-kira 88 tahun setelah Rasulullah SAW wafat.

(2) Dari Isteri Kedua : Munculnya generasi Ahlul Bait yang berhijrah dan bermukim di Mesir.

(3) Dari Isteri Ketiga : Munculnya Ahlul Bait yang berhijrah dan bermukim di Iran. Maka di Iran itulah munculnya Aliran Imamiah 12 Imam Syiah. Difahamkan dari sumber lain ada pun warisan Wali Songo/Wali 9 itu dikaitkan dari nasab generasi Ke3 ini..??

(4) Dari Isteri Keempat : Munculnya generasi Ahlul Bait yang berhijrah dan bermukim di Iraq, dan ada sedikit keHydramuat Yaman.

(5) Dari Isteri Kelima : Munculnya generasi Ahlul Bait yang berhijrah dan bermukim di Hydramaut, Yaman.

(6) Dari Isteri Keenam : Munculnya generasi Ahlul Bait yang berhijrah dan bermukim juga di Hydramaut, Yaman.

Dikalangan mereka itu juga ada yang dapat dikesan sejarahnya dan talian nasabnya. Ada yang telah dihilangkan sejarahnya. Ada yang maseh mengekalkan nama tradisi talian nasabnya. Ada juga ada yang tidak memakainya lagi. Ada yang menikah dengan warga tempatan dan ada yang maseh mengekalkan talian nasabnya. Maka begitulah seterusnya dan berikutnya, apa yang telah dikehendaki-Nya bersesuaian dengan arus perubahan zaman, sehingga kita sekarang ini dinamakan sedang berada diambang “Akhir Zaman”, dimana era kebangkitan semula Islam diakhir zaman.

Apabila disebut akhir zaman, maka ianya dikaitkan dengan kebangkitan seorang Ahlul Bait Pilihan sebagai peneraju akhir zaman, yaitulah Imam Mahdi sebagai Khalifah Akhir Zaman. Oleh itu dari nasab 6 generasi yang telah meluas itu, maka timbulnya satu persoalan. Muncul dan bangkitnya Imam Mahdi itu dari nasab generasi yang mana satu…??? 

keturunan Rasulullah SAW merupakan keberkahan bagi Umat Islam. Mereka selalu ada pada tiap zaman, sebab dengan keberadaan mereka itu Allah SWT menghindarkan umat manusia dari malapetaka. Kecuali jika umat manusia sudah memilih jalannya sendiri yang sesat menuju kehancuran. Keturunan Rasulullah ibarat cahaya bintang yang menunjuk arah bagi bahtera yang sedang berlayar di tengah samudera dalam keadaan gelap gulita. Thabrani meriwayat hadits dalam kitab Al-Ausath dari ...Abu Said Al-Khudri, ia berkata Rasulullah SAW bersabda:

اِنَّمَا مَثَلَ اَهْلِ بَيْتِىْ مِثْلُ سَفِيْنَةِ نُوْحٍ مَنْ رَكِبَهَا نَجَا وَمَنْ تَخَلَّفَ عَنْهَا غَرِقَ, وَ اِنَّمَا مَثَلَ اَهْلِ بَيْتِىْ فِيْكُمْ, مَثَلَ بَابِ حِطَّةٍ فِى بَنِى اِسْرَائِيلَ مَنْ دَخَلَهَا غُفِرَ لَهُ

"perumpamaan ( kedudukan ) Ahlu Al-Baitku seperti bahtera Nuh. Barang siapa menaikinya dia akan selamat dan barang siapa meninggalkannya dia akan tenggelam. Dan perumpamaan Ahlu Al-Baitku di antara kamu seperti pintu pengampunan di antara Bani Israil, barang siapa memasukinya maka dosa-dosanya akan diampuninya".



No comments:

Post a Comment