Nabi-nabi Allah
"... ialah orang-orang yang
menyampaikan risalah-risalah Allah. Mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada takut kepada seorang (pun) selain
kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan." (Q.S. Al Ahzab : 39).
1. Nabi Adam Alaihissalaam.
Asal keturunan semua manusia. Isterinya
bernama Hawa yang dicipta daripada tulang rusuk baginda. Mulanya tinggal di
Syurga, kemudian Allah swt turunkan mereka ke Dunia.
2. Nabi Idris Alaihissalaam.
Penduduk Babil Iraq, terima 30 suhuf untuk
umatnya keturunan Qabil. Orang pertama pandai menulis, membaca, ilmu falak dan
jahit menjahit.
3. Nabi Nuh Alaihissalaam.
Allah utus baginda ke negeri Arminia. Allah
swt telah menurunkan bala dengan banjir besar kepada kaumnya yang ingkar.
Baginda digelar’ Najiyullah.
4. Nabi Hud Alaihissalaam.
Berketurunan Sam bin Nuh. Diutuskan kepada
kaum ‘Ad di utara Hadhra Maut, Yaman. Allah swt membinasakan kaumnya yang
ingkar dengan angin kencang yang sangat sejuk 8 hari 7 malam.
5. Nabi Soleh Alaihissalaam.
Berketurunan Sam bin Nuh daripada generasi ke
6. Diutuskan kepada kaum Thamut, di antara Hijaz dan Syam. Allah memusnahkan
kaumnya yang ingkar dengan pekikan suara yang kuat dari langit.
6. Nabi Ibrahim Alaihissalaam.
Juga berketurunan Sam bin Nuh. Dilahirkan di
Musol, Iraq ketika pemerintahan raja Namrud. Di gelar dengan ‘Khalilullah’.
Seorang yang bijak dan berfikir.
7. Nabi Luth Alaihissalaam
Anak saudara Nabi Ibrahim Alaihissalaam.
Diutuskan kepada penduduk negeri Sadum (Laut Mati, Jordan). Allah swt
menurunkan bala kepada penduduk yang derhaka dengan menurunkan hujan batu yang
membinasakan mereka.
8. Nabi Ismail Alaihissalaam.
Putera nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan
Hajar. Baginda dan ibunya orang pertama yang mendiami Mekah. Baginda membantu
bapanya membina ka’bah. Digelar sebagai ‘Zabhihullah’.
9. Nabi Ishak Alaihissalaam.
Putera Nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan
Sarah. Daripadanya lahir berketurunan Bani Israel. Dimakamkan di Hibrun,
Palestin.
10. Nabi Ya’kub Alaihissalaam.
Putera Nabi Ishak Alaihissalaam. Juga dikenali
dengan nama Israil (hamba Allah). Diutuskan kepada penduduk negeri Kan’an.
Dikurniakan 12 orang anak lelaki, antaranya ialah Nabi Yusuf Alaihissalaam.
Dimakamkan di Hibrun bersebelah bapanya.
11. Nabi Yusuf Alaihissalaam.
Putera Nabi Ya’kub Alaihissalaam yang paling
disayangi. Seorang yang sabar, tabah, pemaaf, penyayang, dan sangat menghormati
orang tuanya. Keistimewaannya ialah sangat kacak, pandai mentadbir mimpi dan
bijaksana.
12. Nabi Ayub Alaihissalaam.
Keturunan nabi Ishak Alaihissalaam. Di
kurniakan harta yang banyak dan anak yang ramai. Seorang yang bertaqwa dan suka
membantu. Diuji dengan kemusnahan harta, kematian anak dan mengidap penyakit
yang berat bertahun-tahun. Baginda sabar dan mempunyai iman yang teguh.
13. Nabi Zulkifli Alaihissalaam
Putera Nabi Ayub Alaihissalaam. Seorang nabi
dan raja kepada penduduk di Dmsyik dan sekitarnya. Asal nama baginda ialah
Bashar, dan maksud Zulkifli ialah bersanggupan kerana baginda banyak berpuasa
di siang hari dan beribadat pada waktu malam.
14. Nabi Syuib Alaihissalaam
Berketurunan Nabi Luth Alaihissalaam.
Diutuskan ke negeri Madyan, Jordan. Kaumnya mengamalkan sikap mengurangkan
timbangan dan sukatan dalam jual beli. Allah binasakan mereka dengan gempa bumi
dan petir yang sangat dasyat.
15. Nabi Musa Alaihissalaam
Keturunan Nabi Ya’kub Alaihissalaam. Putera
Imran, saudara Nabi Harun. Dipelihara oleh Asiah isteri Firaun. Firaun
menentang dakwah Nabi Musa akibatnya mati lemas tenggelam dalam Laut Merah.
16. Nabi Harun Alaihissalaam
Saudara Nabi Musa Alaihissalaam. Seorang yang
fasih berbicara merupakan teman dakwah Nabi Musa.
17. Nabi Daud Alaihissalaam
Berketurunan Nabi Ishak. Baginda memiliki
suara yang merdu, dan boleh melembutkan besi dengan tangan. Seorang yang kuat
beribadat, raja yang adil dan bijaksana. Telah membina kota BaitulMaqdis
bersama-sam puteranya Nabi Sulaiman
18. Nabi Sulaiman Alaihissalaam
Putera Nabi Daud. Seorang rasul dan raja yang bijaksana.
Keistimewaan baginda ialah boleh memahami bahasa binatang, boleh memerintah
angin dan jin. Berjaya mengislamkan ratu Balqis, kemudian berkahwin dengannya.
19. Nabi Ilyas Alaihissalaam
Keturunan Nabi Harun. Diutuskan kepada Bani
Israel yang ketika itu menyembah berhala, Ba’l. Baginda berdakwah kepada
mereka, tetapi gagal. Allah menurunkan bala dengan kemarau selama 3 tahun.
20. Nabi Ilyasa’ Alaihissalaam
Anak angkat Nabi Ilyas. Diutuskan kepada Bani
Israel. Baginda berjaya didalam dakwahnya. Tetapi setelah baginda meninggal,
Bani Israel kembali kufur. Allah menurunkan bala dengan melenyapkan segala
kesenangan yang dinikmati.
21. Nabi Yunus Alaihissalaam
Diutuskan kepada kaum yang menyembah berhala
di Ninawa, Iraq. Apabila mereka enggan menerima dakwahnya, baginda meninggalkan
mereka dan menumpang sebuah kapal. Kapal tersebut mengalami masalah, dan
baginda terpilih untuk dibuang ke dalam laut bagi mengatasi masalah kapal
tersebut daripada karam. Baginda di telan ikan nun (paus).
22. Nabi Zakaria Alaihissalaam
Keturunan Nabi Sulaiman. Diutuskan kepada Bani
Israel, Palestin. Baginda sentiasa berdoa supaya dikurniakan zuriat. Pada
usianya 100 tahun dan isterinya mandul, baginda dikurniakan anak yang dinamakan
Yahya (hidup). Baginda juga telah membesar Maryam, ibu Nabi Isa.
23. Nabi Yahya Alaihissalaam
Putera Nabi Zakaria. Dikurniakan kepada
baginda ilmu yang luas sejak kecil. Seorang yang bertaqwa, berbudi bahasa,
rajin, dan tidak sombong. Mati syahid dibunuh oleh raja yang kejam demi mempertahankan
hukum Allah.
24. Nabi Isa Alaihissalaam
Putera Maryam bt. Imran. Jibril telah
meniupkan ruh suci ke dalam rahim ibunya. Baginda boleh bercakap ketika masih
bayi. Diutuskan kepada Bani Israel, dan diberikan kitab Injil. Bani Israel yang
ingkar dengan dakwahnya cuba untuk membunuh baginda, namun Allah mengangkatnya
ke langit dan akan turun ke bumi untuk menegakkan kebenaran.
25. Nabi Muhammad S.A.W.
Berketurunan Bani Ismail. Dilahirkan di kota
Mekah. Di gelar ‘al-Amin’. Dilantik sebagai rasul ketika berusia 40 tahun.
Merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Baginda menerima ujian yang dasyat
daripada kaum Musyrikin Mekah. Baginda wafat di kota Madinah.
Lima Nabi / Rasul yang mendapat gelaran Ulul
Azmi disebabkan oleh tentangan dan ujian yang diterima lebih hebat berbanding
nabi-nabi lain dalam menyampaikan agama Allah ialah:
1. Nuh Alaihissalaam
2. Ibrahim Alaihissalaam
3. Musa Alaihissalaam
4. Isa Alaihissalaam
5. Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.
1. SYAHADAH ADAM
Rasul yang pertama adalah nabi adam
bunyi syahadahnya begini:
ASHADU ALA ILAHA ILLALLAH WA ASHADU
ANNA ADAM KHALIFATULAH.
PERINTAH TUHAN: hai adam kamu adalah
utusan ku. Kamu jangan mempunyai keinginan makrifat kepada ku.
WALLAHU BATINUL INSAN AL INSANNU
DOHIRULLAH.
Artinya: ketahuilah wujud kamu.
Kenallah diri kamu. Wujud kamu adalah keadaan wujud aku. Hai! Adam setelah kamu
memahami dan mengerti wujud kamu adalah wujud aku. Sekarang kamu harus solat
dua rakaat. Maka solatlah adalah agar kamu menerima kebaikan.
2. SYAHADAH NUH
Rasul yang ke dua adalah nabi nuh syahadahnya
adalah begini:
ASHADU ALLA ILAHA ILLALLAH WA ASHADU
ANNA NUH HABIBBULLAH.
PERINTAH TUHAN: Hai nuh kamu adalah
utusan kami. Kamu jangan berkeinginan makrifat kepada kami.
Dalilnya SAMA-SAMI’AN. Kenallah
pendengaran kamu. Pendengaran kamu
adalah kenyataan pendengaran kami. Tapi sekarang kamu Nuh harus solat di waktu
zuhur empat rakaat dan kamu harus menerima di berikan dua kuping, dua mata.
Begitulah sebabnya solat zuhur empat rakaat.
3. SYAHADAH IBRAHIM
Rasul yang ke tiga adalah nabi ibrahim
syahadahnya adalah begini:
ASHADU ALLA ILAHA ILLALLAH WA ASHADU
ANNA IBRAHIM KHALIFATTULLAH.
PERINTAH TUHAN: Hai ibrahim kamu
adalah utusan kami. kamu jangan berkeinginan makrifat kepada kami.
Dalilnya (BASYAR dan BASIRON)
Ketahuilah penglihatan kamu. Penglihatan kamu adalah kenyataan penglihatan
kami. Kamu harus solat asar empat rakaat dan kamu harus menerima di berikan dua
mata, dua tangan. Begitulah solat asar wajib kepada umat umatnya.
4. SYAHADAH ISA
Rasul yang ke empat adalah nabi isa syahadahnya
adalah begini:
ASHADU ALLA ILAHA ILALLAH WA ASHADU
ANNA ISA ROKHULLAH.
PERINTAH TUHAN: Hai isa ketahuilah bahawa
nafas kamu adalah kenyataan hidup aku. Dan kamu harus solat tiga rakaat di
waktu maghrib dan kamu harus mengerti bahawa kamu telah di berikan dua lubang
hidung dan nafasnya. Begitulah sebabnya fardu solat maghrib tiga rakaat.
5. SYAHADAH MUSA
Rasul yang ke lima adalah nabi musa syahadahnya
begini: (kata hidup kita kepada suaranya).
ASHADU ALLA ILAHA ILLALLAH WA ASHADU
ANNA MUSA KALAMMULLAH.
PERINTAH TUHAN: Hai Musa kamu adalah
utusan kami. Kamu jangan berkeinginan makrifat kepada kami. Kenalilah ucapan
kamu. Ucapan kamu adalah kenyataan ucapan Ku.
Dalilnya KALAM-MUTAKALIMAN tapi kamu
sekarang harus solat empat rakaat di waktu Isya dan kamu harus menerima di
berikan depan, belakang, kanan, kiri. Begitulah sebabnya fardu solat isa empat rakaat.
6. SYAHADAH MUHAMMAD
Rasul yang ke enam adalah nabi
muhammad. syahadahnya adalah begini:
ASHADU ALLA ILAHA ILALLAH WA ASHADU
ANNA MUHAMMADDARASULLULLAH.
PERINTAH TUHAN: Hai muhammad kamu
adalah utusan kami. Sekarang kamu harus tajali. Kamu harus makrifat kepada kami
sebab kamu adalah yang paling dekat kepada kami.
Dalilnya: AL INSANNU SIRRI WA ANNA
SIRRUHU. artinya: Muhammad! rasa kamu adalah rasa kami. Maka pangkat mu
Rasullulah. rasa kamu-rasa kami. Sekarang kamu adalah kekasih kami. Ini kami
memberi cara untuk mendekatkan diri kepada kami. Turunlah kamu kepada anak cucu
para wali dan umat-umat mu sampai akhir zaman. Begitulah perjanjian kepada
rasul.
No comments:
Post a Comment