Bangsa Melayu
Dari apa yang saya baca,
Melayu/Mala/Malai bermaksud gunung, jadi melayu bermaksud bangsa gunung,
lagipun bukan ke bangsa Melayu/Malai/Mala dari keturunan Nabi Ibrahim a.s.,
jadi tidak mustahil bangsa Melayu ni berasal dari salah satu kaum Bani Israel
yang hilang. Nak tahu mengenai sejarah-sejarah dan rahsia-rahsia bangsa
Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung yang berasal/dilahirkan dari ibunda
Keturah/Qeturah, iaitu isteri Nabi Ibrahim a.s. yang berasal dari kerajaan
Melayu Kemboja purba atau Champa Kuno serta hubung kait bangsa Melayu dengan
salah satu kaum Bani Israel yang hilang dan telah mendapat hidayah Allah SWT
serta akan menentang kaum-kaum Bani Israel yg sesat atau bangsa yahudi di
negara haram Israel sekarang di Tanah Yang Dijanjikan.
BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)
Apakah kepentingan mencari bangsa yang
hilang bagi Yahudi? Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu
pun. Jika ada, hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja. Tetapi bagi
Yahudi Zionis, ianya amat perlu. INI ADALAH KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN
RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM AL-QURAN. Mengikut
daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi
di masa lalu iaitu:
1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin
Di dalam 12 puak yang hilang ini,
hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi.
Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan
Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu 'lost tribe' Bani Israel (yang mendapat
petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.
Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh
(anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi
Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak
golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara
(Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun,
sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador ,
sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.
Namun begitu kesemua mereka tahu
tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip 'lost tribe'). Termasuk
di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di
Afghanistan dan Pakistan Utara - sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika
dan Russia).Dalam pada itu, seorang Professor di Amerika bernama Ralph Olssen
telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red
Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'.
Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Profesor Ralph Olssen
mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu
manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu
bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah
Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu
mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka. MALA ADALAH THE LOST TRIBE
YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu
kepada kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi
Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal
menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel
daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak
bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.
Mengikut manuskrip kuno yang
diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu
Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel,
iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi
Yusuf a.s.). Nabi Yusuf a.s. ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan
Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang
professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean
dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa
Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!
Hipotesis ini terdapat separuh
kebenaran di dalam kesamaran. Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan
Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa
yang hilang 'the lost tribe' ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat
bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini. Kenapa Ralph Olssen
menyebut Tanah Melayu ini 'Bumi Mala'? Apakah yang diceritakan di dalam
manuskrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung
dunia?
Dari mana salasilah
"Melayu". Yahudi memburu saki baki keturunan Nabi Yusuf a.s.? Kenapa?
MAHADI berasal dari darah keturunan Nabi Ibrahim = Ishak+Ismail+ "Q"
?. Apakah itu "3Mim"? Tiada NABI diutus ke Nusantara? Islam bertapak
kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism, kenapa?
MELAYU - JAWI
Siapakah Melayu? Darimanakah asalnya
Melayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti
The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih
mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih
terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang
tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah
paling selatan benua Asia, 'di penghujung dunia'. Bangsa yang hilang masih
tidur dan ditidurkan. 'Di hujung dunia', setelah penat mengembara, bangsa
misteri berehat dan berehat... tidur dengan lenanya... senyap sunyi tanpa siapa
mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri, tetapi
dia juga ketinggalan jejak mereka...dimanakah bangsa misteri ini meneruskan
perjalanan mereka? Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?
'Dihujung Dunia' bangsa ini masih
nyenyak tidur!
KETURAH, IBU MELAYU
Dalam Kitab Perjanjian Lama ada
diabadikan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Nabi Ibrahim
a.s selepas kewafatan Sarah. Menerusi
perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran,
Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Menurut riwayat Ibnu Athir dalam
kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah
secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.
Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam
kitab Permata Yang Hilang, ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal
dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Nabi Ibrahim
a.s. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai
dan Yunan.
Orang Melayu dikenali sebagai Orang
Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang
Melayu sebagai Bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin
telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Nabi Ibrahim a.s. ke situ, dan hampir
pasti Keturah adalah orang Malai. Apa maknanya semua ini? Maksudnya, Melayu,
Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang sama. Tetapi siapakah Keturah?
Menurut satu versi dari sebuah
manuskrip kuno, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. Setelah
kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin
dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era
Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan
telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran,
Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah . Anak-anak mereka inilah menjadi
pengasas kepada bangsa Melayu. Melayu diambil dari perkataan 'Mala' (nama
bangsa asas Keturah).Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam
manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.
Bukan itu sahaja, keturunan Keturah
inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan
Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang
diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik
Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu. Jawa dan Bugis
juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama
Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s. Jawi dikatakan ada perkaitan
dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s. Levi merupakan ketua Ulama dan
ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel. Sejak
penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama
Jawi/Jawa (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat.
INGAT, YAHUDI/BANI ISRAEL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA
INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.
Keturah bukanlah Melayu. Walaupun
beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU
ADALAH BANGSA MALA + (YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S).
Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka
adalah diambil dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban,
Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala. DNA
bagi bangsa ini adalah 01m-19a. Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari
satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s. (ada
versi yang mengaitkan 'Mala' dengan 'Mon') tetapi ini bukan kaum Mon pada hari
ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata
sebenarnya dan yang kedua jika terdapat 'benang-benang merah' sekalipun antara
Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan
etnik-etnik Indochina. Perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti
mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku
pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya. Jadi orang
Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat
percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari
kerajaan purba mereka yang dinamakan 'Suvarnabhumi'-menunjukkan mereka mungkin
masih mahu menjejak moyang Mala mereka).
Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan
Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah
(mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai
peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak? Ini adalah kerana mereka
daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor,
Perak, Johor dan lain-lain serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang
serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri.
Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s. Jadi jika kita
menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan
misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks, merangkumi
persoalan Ophir, Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba),
kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim a.s. dan
Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar, Lemuria dan Atlantis. INI
ADALAH KISAH YANG LAIN. MISTERI YANG LAIN.
Jawab soalan ini. Bagaimana Ptolemy
boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum
Masehi berserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas)? Padahal mengikut
sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas
ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland. Ada misteri di
situ. Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia
berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama,
dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani. Sebahagiannya dari era
Firaun kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal, yang menyimpan
sejumlah besar manuskrip purba).
Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala
mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa
asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke
kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan
kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini), Lembah Mekong, Tanah Melayu,
Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika
Latin.
Scythia merupakan sebuah bangsa nomad
berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa
Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia
telah dirumus oleh seorang arkeologis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka
ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini
kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak,atau bermaksud 22 bangsa asas
(kemungkinan dari kajian setakat ini).
Kambuja, Aryan, Mala, Manessah, suku
Sakya dan Buddha.
Bangsa Mala itu memang bukan dari
Yahudi. Perlu diingat Yahudi itu dari lelaki bernama Yehudah(Anak Nabi Yaakob
a.s yang berkomplot dengan abangnya Shimon(Simeon) untuk membunuh Nabi Yusof
a.s.). Sedangkan hipothesis dari Ralph Olsen mengatakan Bangsa Mala ini dari
Bani Menasseh anak kepada Nabi Yusof a.s ini jelas bila kajian DNA telah
dilakukan pada puak 'Bani Menasseh' di daerah Assam, Burma telah mengesahkan
mereka ada DNA bangsa Israel. Daerah Assam adalah laluan Mala-Deutro@bani
Menasseh yang lari dari peperangan Assyrian yang membumihanguskan Kota Nineveh
kerajaan Judah. Kajian mengatakan Bahasa Melayu juga wujud di daerah Assam.Oleh
kerana itu, bangsa Mala yang sifatnya tidak menyenangi 'Yahudi' ini memang ada
kaitan dengan sirah Nabi Yusof a.s yang dibuang dalam perigi oleh saudaranya
iaitu Shimon dan Yehudah.
Disini adalah ditegaskan sekiranya
bangsa Mala ada bloodline dengan bani Menasseh (Keturunan Nabi Yusof
a.s@Joseph), maka layak lah digelar berketurunan Bani Israel bukan Yahudi.
Kerana Bani Israel itu bertebaran luas di bumi ini yang mana ianya lahir dari
12 anak keturunan nabi Yaakob a.s, sedangkan Yahudi hanya salah satu suku kaum
dalam ras bani Israel. Samalah dalam kes pendita Yahudi mengatakan bahawa Nabi
Ibrahim a.s. itu Yahudi, lalu Allah SWT tegaskan baginda bukan Yahudi. Mana
tidaknya, Yahudi hanya salah satu suku kaum dari Bani Israel yang wujud lama
selepas Nabi Ibrahim a.s. Seperkara lagi bangsa Israel bertebaran hingga ke
bumi Afrika dan puak Lembah Afrika memang ada genetik Israel dari Bani
Benjamin@Bunyamin iaitu adik kepada Nabi Yusof a.s malahan di China pun ada
keturunan Isarel yang dah bercampur dgn bangsa Cina iaitu Puak Cina Kaifeng.
Jadi Lost Tribe Israel memang lari ke
sebelah Asia melalui 'Laluan Sutera' untuk turun ke Yunnan, Mekong dan
Indochina hinnga terserap dalam bangsa Mala (Hari ini pegang syariat Nabi
Muhammad s.a.w. yakni Islam). Ada yang
terpisah ke China lalu membentuk komuniti Kaifeng.
Peta Laluan Sutera
Jadi bani Israel merangkumi keturunan
Nabi Ibrahim turun kepada Ishak lalu Yaakob dan turun kepada seluruh 12 anak
nabi Yaakob a.s., jadi pengkhianatan Yahudi (Perisitwa Samiri dan Sapi) adalah
pilihan puak Yahudi itu sendiri tiada kaitan dengan ras Israel lain yang masih
memegang syariat mentauhidkan Allah Taala
No comments:
Post a Comment