Perang Badar (17 Ramadan 2 H)
Perang Badar terjadi di Lembah Badar,
125 km selatan Madinah. Perang Badar merupakan puncak pertikaian antara kaum
muslim Madinah dan musyrikin Quraisy Mekah. Peperangan ini disebabkan oleh
tindakan pengusiran dan perampasan harta kaum muslim yang dilakukan oleh
musyrikin Quraisy. Selanjutnya kaum Quraisy terus menerus berupaya
menghancurkan kaum muslim agar perniagaan dan sesembahan mereka terjamin. Dalam
peperangan ini kaum muslim memenangkan pertempuran dengan gemilang. Tiga tokoh
Quraisy yang terlibat dalam Perang Badar adalah Utbah bin Rabi’ah, al-Walid dan
Syaibah. Ketiganya tewas di tangan tokoh muslim seperti Ali bin Abi Thalib.
Ubaidah bin Haris dan Hamzah bin Abdul Muthalib. adapun di pihak muslim Ubaidah
bin Haris meninggal karena terluka akibat perperangan. Nama Perang
Badar dinisbatkan kepada sumur yang dikenali Sumur Badar. Adapun, Sumur Badar
dinisbatkan kepada seorang penggali sumur tersebut, Badar bin an-Narin.
Kerisauan Rasulullah saw
Perang pertama dalam sejarah Islam ini
meletus di mana Rasulullah saw baru sahaja berada di Madinah selama dua tahun.
Iman para sahabat Ansar juga masih lagi mentah. Pada saat peperangan ini
meletus, Rasullulah saw cukup risau dengan keadaan ini.
Maka terjadi satu peristiwa di mana
seorang sahabat Rasulullah saw, Miqdad bin Amr ra bangkit melontar kata-kata
wibawa terhadap junjungan besar kita, Muhammad saw. Miqdad bin Amr ra berkata,
“Wahai Rasulullah saw, laksanakanlah apa yang telah Allah perintahkan
kepadamu, Demi Allah kami sentiasa bersamamu. Kami tidak akan berkata
sebagaimana perkataan bani Israil kepada Nabi Musa as, ‘Pergilah kamu bersama
Rabb-mu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di
sini saja.” (Miqdad bin Amr ra membacakan sebahagian ayat dalam surah
al-Maa’idah ayat 24).
“Akan tetapi kami berkata, “Pergilah engkau bersama Rabb-mu dan
berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami menyertai kalian berdua. Demi Zat
yang telah mengutuskanmu dengan kebenaran, seandainya engkau membawa kami
menyertaimu ke Birkil Ghimaad(kota Habsyah), nescaya kami akan sentiasa
bersamamu dari berangkat sampai engkau tiba di sana”
Diriwayatkan bahawa, muka Rasulullah
saw lantas bertukar ceria dan bergitu bermotivasi. Ia bertambah menyakinkan
Rasulullah saw apabila pemuka daripada bani Aus di kalangan golongan Ansar,
Saad bin Muadz bangkit memberi jaminan taat setia kepada Rasulullah saw.
sebelum peperangan bermula, sepupu
Rasulullah, Ali bin Abi Talib dan Ubaidah bin al-Harits serta bapa saudara baginda
Hamzah bin Abdul Mutalib tampil ke hadapan menyahut cabaran para Musyrikin
Mekah.
Jumlah yang sedikit
Keadaan perang semakin meruncing.
Musuh yang ingin ditentang terdiri daripada dua golongan. Pertama, kabilah yang
membawa hasil dagangan haram(iaitu harta milik orang Islam sebelum berhijrah ke
Madinah) di bawah pimpinan Abu Sufyan dan kedua, angkatan perang daripada Mekah
berkekuatan 1000 orang pimpinan Amr bin Islam atau lebih dikenali Abu Jahal.
Jumlah tentera Islam pula kurang tiga
kali ganda berbanding jumlah tentera Musyrikin. Ada riwayat menyatakan 300
orang dan ada riwayat menyatakan dengan lebih tepat iaitu 313 orang.
Memandangkan jumlah yang bergitu
ketara, ia mengundang kegelisahan dan kegusaran di dalam lubuk hati Rasulullah
saw. Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas ra, ia berkata bahawa Rasulullah
saw berdoa ketika Perang Badar,
“Ya Allah, Aku memohon kepada-Mu, penuhilah janji-Mu. Ya Allah, jika Kau
menghendaki, maka Kau tidak disembah lagi”
Mendengar rintihan Rasulullah saw, Abu
Bakar ra mengambil tangan Rasulullah saw yang mulia sambil berseru, “Cukup
wahai Rasulullah saw”. Kemudian Abu Bakar ra bangkit menuju ke arah tentera
Musyrikin dan membacakan ayat daripada Surah Al-Qamar ayat 45, “Golongan itu
pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang”.
Jumlah yang sedikit tidak pernah
melunturkan semangat Jihad tentera Muslimin pimpinan Rasulullah saw.
Pertolongan Tentera Allah
Janji Allah swt sentiasa benar.
Melalui ayat 9 sehingga 10 surah Al-Anfaal, Allah swt telah menjanjikan bantuan
para Malaikat untuk kaum muslimin semasa Perang Badar. Ia ternyata benar
apabila beberapa hadis menyatakan terdapat para sahabat membicarakan perihal
ini dengan terperinci. Antara para sahabat yang pernah membicarakannya adalah
Ibnu Abbas ra, Umar al-Khattab ra, Ali bin Abi Talib ra dan Rifa’ah bin Rafi’
az Zuraqi ra.
Bagaimana Malaikat menolong tentera
Perang Badar?
Para tentera Allah iaitu para Malaikat
menolong para tentera muslimin dengan bantuan 1000 malaikat yang
berturut-turut. Jumlahnya telah mampu mengerunkan tentera musyrikin yang pada
awalnya beranggapan mereka mampu menewaskan tentera muslimin dengan mudah.
Daripada 1000 Malaikat tersebut,
mereka berpecah kepada dua menjadikan masing-masing adalah 500 malaikat. Setiap
pecahan tersebut diketuai oleh malaikat Jibrail as dan malaikat Mikail as.
Malaikat Jibrail as mengetuai bahagian kanan manakala malaikat Mikail as
mengetuai bahagian kiri. Ia bersesuaian dengan riwayat daripada Ibnu Abbas ra.
Ali bin Abi Thalhah meriwayatkan
daripada Ibnu Abbas ra bahawa beliau berkata,
“Allah swt menolong Nabi dan orang-orang yang beriman dengan seribu
Malaikat, dan Jibrail as termasuk di dalam golongan kelompok lima ratus pertama
yang menyerbu musuh daripada sebelah kanan mereka, manakala Mikail as termasuk
di dalam lima ratus kedua yang menyerang dari arah kiri mereka.”
Jibrail as juga diriwayatkan
menunggang kudanya iaitu Haizum semasa Perang Badar. Malaikat Jibrail as
langsung tidak memberi muka kepada tentera kafir musyrikin sehinggakan terdapat
tentera musyrikin diriwayatkan terbelah wajah mereka akibat pukulan cambuk.
Imam Abu Jaafar ath-Tabari dan Imam
Muslim telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas dari Umar al-Khattab. Dalam riwayat
tersebut disebutkan,
“Tatkala seorang bersungguh-sungguh melawan orang musyrik yang ada di
hadapannya, tiba-tiba dia mendengar suara lecutan cambuk di atasnya dan suara
penunggang kuda yang berkata, “Majulah Haizum(nama kuda Jibrail as). Tiba-tiba
ia melihat si musyrik telah mati terkapar di hadapannya. Kemudian ia melihatnya
dari dekat, ternyata hidungnya telah terpukul dan wajahnya terbelah seperti
pukulan cambuk. Mukanya menjadi lebam(akibat pukulan cambuk). Lalu orang Ansar
tadi mendatangi Rasulullah saw dan menceritakan kepada beliau. Rasulullah saw bersabda. “Engkau
benar, itu adalah bantuan daripada langit ketiga.” Pada kejadian tersebut, yang
terbunu dari orang-orang musyrik sebanyak tujuh puluh orang dan yang ditawan
sebanyak tujuh puluh orang”
Tanda pengenalan Tentera Allah
Dalam satu ayat yang lain dalam surah
Ali Imran ayat 123 sehingga 124, Allah berfirman,
123. (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang
yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): “Tidakkah cukup bagi kamu,
bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang
diturunkan?,” 124. Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan
bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya
Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.
Turunnya para Malaikat untuk bergabung
dengan tentera muslimin telah memakai beberapa tanda pengenalan. Bala tentera
bantuan Allah swt ini adalah kekuatan sebenar tentera mukmin semasa Perang
Badar. Para Malaikat menunjukkan semangat juang yang bergitu tinggi.
Ia diperakui sendiri oleh Malaikat
Jibrail as sewaktu datang menanyakan Rasulullah perihal pendapat peribadi
Rasulullah berkenaan umatnya yang berperang di Badar. Rasulullah saw lantas
menjawab, “Mereka adalah dikalangan yang terbaik”. Jibrail terus menjawab bagi
pihaknya, “Bergitu juga yang ikut berperang bagi pihak Malaikat”.
Dalam kekacauan perang tersebut, ramai
juga sahabat menyedari kehadiran tentera misteri yang mana mereka langsung
tidak mengenalinya sebelum ini. Akibat sibuk membasmi musuh yang menerkam,
mereka terpaksa mendiam diri sehingga perang tamat.
Sebaik perang tamat dan mereka telah
pun berada di Madinah, timbul beberapa cerita misteri sehingga diriwayatkan
dalam beberapa hadis Shahih.
Bulu Putih
Antaranya adalah sahabat besar
Rasulullah saw dan sepupu baginda, Ali bin Abi Talib ra. Abu Ishaq as-Suddi
meriwayatkan dari Haritsah bin Mudhrib, Ali bin Abi Talib ra berkata,“Tanda
mereka pada perang Badar adalah bulu putih. Juga ada tanda pada ubun-ubun kuda
mereka.”
Tanda Imamah
Mak-hul mengatakan, “Bertanda imamah (berserban
yang dililitkan di kepala). Tanda para Malaikat pada Perang Badar adalah serban
berwarna hitam manakala pada Perang Hunain adalah serban berwarna merah”
Serban Kuning
Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Yahya
bin Abbad bahawa Zubair ra pada Perag Badar mengenakan serban kuning dengan
melipatnya, lalu turunlah para Malaikat, juga menggunakan serban kuning.
Kemenangan mutlak orang beriman
Begitulah yang berlaku di Perang Badar,
perang pertama bagi umat Islam. Walaubagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa
perang ini terjadi hanya kerana Kaum Musyrikin datang untuk menyelamatkan
kafilah dagang Abu Sufyan selain daripada usaha untuk menghapuskan syiar Islam
daripada muka bumi.
Pada mulanya, Rasulullah saw dan para
sahabat lain hanya ingin mencegah kafilah dagang Abu Sufyan yang dipercayai
telah dibiayai dengan menggunakan harta kaum Muslimin di Mekah sewaktu
sepeninggalan mereka setelah berhijrah ke Madinah. Dek kerana ketidakpuasan
hati dengan ketamakan Abu Sufyan, Rasulullah saw bergegas menyekat kabilah
tersebut. Namun, seorang utusan Abu Sufyan bernama Dhamdham bin Amr al-Ghifari
telah dihantar ke Mekah untuk memohon bantuan.
Lantaran itu, Abu Jahal bangkit
bersama rakan-rakannya yang lain untuk menolong Abu Sufyan disamping untuk
menghapuskan Islam dan menyelamatkan ‘harta’ mereka yang dibawa oleh Abu
Sufyan.
Gerombolan yang dibawa Abu Jahal
mencecah 1000 orang yang lengkap bersenjata, berbaju besi, topi baja, pasukan
berkuda dengan pelbagai perhiasan sedangkan tentera mukmin hanya berjumlah 313
orang dilengkapi dengan dua ekor kuda dan tujuh puluh ekor unta. Baki yang lain
hanya berjalan kaki. Kebanyakan mereka tidak dilengkapi dengan baju besi dan
topi.
Dengan saiz kekuatan musuh yang
bergitu, amat wajar Rasulullah saw berasa risau kemungkinan kekalahan tentera
Islam semasa Perang Badar. Disebabkan itu, Rasulullah saw kelihatan sugul dan
bimbang. Namun, Allah swt sudah merancanakan semuanya. Dengan kekuasaan-Nya,
diturunkan para gerombolan Malaikat memberi bantuan kudrat kepada Rasulullah
saw dan tentera muslimin
Ubaidah bin Harits RA
Sebelum perang Badar mulai pecah dan
dua pasukan sedang berhadapan, tokoh kafir Quraisy, Utbah bin Rabiah, menantang
duel satu persatu. Majulah putranya, Walid bin Utbah dan Ali bin Abi Thalib
maju menghadapinya dan Ali berhasil membunuhnya. Kemudian majulah saudaranya
Syaibah bin Rabiah dan paman Nabi SAW, Hamzah bin Abdul Muthalib melayani tentangannya
dan dengan mudah membunuhnya pula
Melihat anak dan saudaranya tewas di
hadapannya, Utbah sendiri yang maju menuntut balas. Kali ini ia dihadapi oleh
Ubaidah bin Harits. Mereka laksana dua tiang yang kukuh, saling beradu pukulan
dan tampaknya kekuatan mereka seimbang. Ubaidah berhasil memukul pundak Utbah
hingga patah, tetapi Utbah berhasil memotong betis kaki Ubaidah, keduanya
tampak sekarat. Ali dan Hamzah maju membunuh Utbah, dan mereka membawa Ubaidah
ke tempat Nabi SAW sedang berteduh.
Nabi SAW meletakkan kepala Ubaidah di
paha beliau, beliau mengusap wajahnya yang penuh debu. Ubaidah memandang beliau
dan berkata, "Wahai Rasulullah, jika Abu Thalib melihat keadaanku ini, ia
pasti akan mengetahui bahawa aku lebih berhak atas kata-kata yang pernah
diucapkannya tersebut. Ubaidah memang masih paman Nabi SAW dan sepupu dari Abu
Thalib. Ketika kaum kafir Quraisy berniat untuk membunuh Nabi SAW, bahkan
mereka menawarkan seorang anak muda sebagai pengganti. Abu Thalib dengan tegas
berkata, "(Kalian berdusta jika mengatakan) bahawa kami akan
menyerahkannya (yakni Muhammad, tanpa kami melindunginya) sampai kami terkapar
di sekelilingnya dan bahkan (untuk itu akan) menelantarkan anak-anak dan isteri-isteri
kami sendiri."
Nabi SAW tersenyum mendengar
perkataannya, dan Ubaidah bertanya, "Apakah aku syahid, ya
Rasulullah?"
"Ya," Kata beliau, "Dan
aku akan menjadi saksi untukmu!!"
Sesaat kemudian Ubaidah meninggal,
Nabi SAW menguburkannya di Shafra', sebuah wadi antara Badar dan Madinah.
Beliau sendiri yang turun ke kuburnya, dan beliau tidak pernah turun ke kuburan
siapapun sebelumnya kecuali pada pemakaman Ubaidah bin Harits ini.
Umair bin Abi Waqas
Semasa kaum Muslimin berangkat ke
medan peperangan Badar, seorang remaja yang berumur 16 tahun, namanya Umair bin
Abi Waqas r.a, takut kalau kalau dia tidak dibenarkan menyertai peperangan
kerana disebabkan umurnya yang masih muda. Kerana itulah beliau keluar dengan
cara sembunyi-sembunyi agar tidak diketahui oleh sesiapa pun. Abangnya Saad bin
Abi Waqas r.a yang melihat hal itu bertanya apakah sebab beliau
bersembunyi-sembunyi begini? Jawab Umair: “Aku takut kalau Rasulullah SAW
menyuruhku kembali sedangkan aku ingin mati syahid di medan petempuran”.
Apabila Rasulullah SAW mengetahui
kejadian itu baginda hampir sahaja menyuruhnya kembali ke Madinah kerana Umair
bin Abi Waqas r.a masih belum cukup umurnya untuk berperang. Namun kerana Umair
r.a menangis minta diizinkan oleh Nabi SAW untuk ikut berperang. Baginda
kasihan melihatnya dan terharu di atas semangat jihad dan kesungguhan Umair
r.a, akhirnya baginda SAW membenarkannya. Maka terkabullah cita-cita Umair r.a
dan beliau adalah salah seorang yang gugur di medan peperangan Badar sebagai
syahid.
Haritsah bin Suraqah adalah seorang
pemuda Anshar.
Kisah ini bermula ketika Nabi SAW
menyeru para sahabatnya untuk pergi ke Badar. Mendengar seruan Nabi tadi,
Haritsah bin Suraqah mendatangi ibunya, seorang wanita tua yang telah bungkuk
punggungnya. Sang ibu sangat sayang kepada anaknya yang satu ini. Sengatan
matahari di siang hari terhadap anaknya juga membuatnya cemas. Bahkan lebih
dari itu, seandainya si buah hati bersimpuh di hadapannya, lalu memintanya
menyerahkan nyawanya untuknya, niscaya sang ibu tak segan-segan memberikannya.
Suatu ketika sang ibu bersimpuh di
hadapan anaknya. Dengan penuh harap ia memohon kepada Haritsah agar mau
menikah. Ia amat merindukan lahirnya seorang cucu dari buah hatinya ini. Dengan
lembut haritsah berkata,”Bunda..” “apa yang hendak kau perbuat wahai anakku?”
Tanya sang ibu. “saat ini Rasulullah sedang mengajak para sahabat untuk
menyertai beliau ke Badar dan akau berniat untuk ikut bersama mereka,” kata
Haritsah. “wahai anakku, sungguh demi Allah, amat berat rasanyaberpisah
denganmu. Wahai anakku, tetaplah bersamaku dan janganlah pergi!” pinta sang ibu
sambil memelas. Namun Haritsah tak putus asa, ia terus menerus membujik ibunya
sambil mencium kening sang ibu serta kedua tangan dan kakinya hingga ia
merelakan keberangkatannya. “pergilah, hai anakku, nampaknya aku tak akan
merasakan nikmatnya makan, minum, dan tidur hingga engkau kembali kepadaku,”
kata ibunya. Perlahan sang ibu mengenakan pakaian bagi anaknya, menyelempangkan
panah dan busurnya, kemudian mengecup keningnya, lalu melepas kepergiannya.
“Tatkala kaum muslimin tiba di Badar,
mereka bermarkas di sekitar sumur Badar. Setelah mereka bermarkas di sana,
mulailah pasukan kafir tiba kumpulan demi kumpulan untuk mengambil posisi
mereka. kedua pasukan telah siap berhadap-hadapan. Ketika itulah tiba-tiba
Haritsah berlari menuju sumur Badar,tenggorokannya kering terbakar rasa haus.
Bergegas ia ke sumur tadi untuk melepas dahaganya”.
tiba-tiba ada seorang sahabat yang
melihatnya. Ia adalah seorang muslim dari Bani Najjar. Rasulullah SAW
menugaskannya untuk menjaga sumur Badar dari para penyelinap. Sebagai orang
yang di tugasi intuk menjaga sumur, sahabat tadi khawatir jika ada seseorang
dari pihak musuh yang ingin mencelakai kaum muslimin dengan mencemari air sumur
itu.
Maka tatkala ia mendapati Haritsah
hendak mengambil air di sumur tersebut, ia langsung waspada dan berkata,
“A’udzubillah, orang kafir ini hendak mencemari sumur kita!?” . Dengan seksama
ia bidikkan anak panah tadi kea rah Haritsah, lalu dipanahnya Haritsah sekuat
tenaga dan kemudian, Bless..!! anak panah itu tepat mengenai kerongkongan
Haritsah!! Setelah terbunuh, si penjaga sumur menghampirinya untuk mencari tahu
tentang orang itu. Alangkah kagetnya ia ketika mendapati bahawa yang terbunuh
ternyata Haritsah bin Suraqah. "La haula wa la quwwata illa billah!!”
serunya terperanjat. Ia segera mengabarkan kepada Nabi SAW akan apa yang
terjadi, namun beliau memaafkannya.
Usai peperangan, Rasulullah SAW dan
para sahabatnya kembali ke Madinah, kaum muslimin keluar berbondong-bondong
menyambut kedatangan Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Wanita, anak-anak, dan
orang tua sama-sama menunggu di gerbang kota, di tengah teriknya matahari dan
gersangnya padang pasir. Para wanita menunggu kedatangan suami mereka,
anak-anak menunggu kedatangan ayah mereka, dan orang tua menunggu kedatangan
anak mereka. Di antara mereka yang menunggu tadi ialah ibunda Haritsah bin
Suraqah seorang wanita tua yang jantungnya berdegup kencang menanti kedatangan
anak tersayang. Tatkala pasukan kaum muslimin tiba di Madinah, anak-anak
berlarian menghampiri ayahnya masing-masing, kaum wanita bergegas mencari suami
mereka, demikian pula para orang tuamenyambut anak mereka,sedangkan ibunda
Haritsah masih duduk termenung menunggu kedatangan anaknya.
Maka dipegangnyalah seorang sahabat
seraya bertanya, “apakah engkau mengenal Haritsah bin Suraqah?” “ya, ibu
siapa?” Tanya orang itu. “aku adalah ibunya, aku ibunda Haritsah,” jawab si ibu.
“jika anda benar ibunya, maka tabahkanlah hati anda, sesungguhnya Haritsah
telah terbunuh,” jawab orang itu. Mendengar kata-kata itu segeralah terbayang
dalam hatinya akan Jannah. Ia berteriak, “Allahu Akbar!! Anakku telah syahid!!
Semoga ia akan memberiku syafaat di Jannah kelak.”
“Syahid? Kurasa ia tidak mati syahid,”
sela orang itu.“ia tidak mati di tangan orang kafir,” jawab lelaki itu. “ia
tidak terbunuh diantara barisan kaum muslim?” Tanya si ibu. “tidak,” jawab
lelaki tadi. Setelah mendengar jawaban itu, sang ibu bertanya, “kalau begitu
dimanakah Rasulullah SAW?” “itu dia, beliau sedang menuju kemari,” katanya.
Maka bergegaslah perempuan ‘malang’
ini mendatangi Rasulullah SAW, ia mengayun langkahnya yang berat dengan hati
yang diliputi kegalauan akan anaknya, air matanya berderai membasahi pipinya,
namun bukan air mata biasa, akan tetapi seakan ruhnya yang menetes. Di hadapan
Nabi SAW, perempuan ‘malang’ ini berdiri dengan kepala tertunduk. Nabi SAW
menatapnya dengan penuh rasa iba, wanita tua sebatang kara, tak punya tempat
kembali untuk berbagi kesedihan. Beliau pun bertanya, “siapa anda?” “aku ibunya
Haritsah,” jawabnya. “apa yang anda inginkan, wahai ibunda Haritsah?” tanya
Nabi SAW. “ya Rasulullah, engkau tahu betapa cintanya aku kepada Haritsah dan
semua orangpun tahu alangkah cintanya aku kepadanya. Ya Rasulullah, aku
mendengar aku mendengar bahawa ia telah terbunuh. Maka kumohon padamu
kabarkanlah aku dimana anakku sekarang? Kalau ia berada di Jannah, aku akan
sabar, namun jika tidak demikian, biarlah Allah menyaksikan apa yang kuperbuat
nanti!!” serunya. Nabi pun menatapnya dengan keheranan, “apa yang baru anda
katakan hai ibunda Haritsah, apa yang anda katakan?” “sebagimana yang engkau
dengar tadi, ya Rasulullah, kalau ia berada di Jannah, aku akan sabar, namun
jika tidak demikian, biarlah Allah menyaksikan apa yang ku perbuat nanti!!”
jawabnya.
Maka Nabi yang pengasih ini menatapnya
dengan hiba. Ia tak ubahnya seperti wanita tua yang sedang kalut pikirannya.
Hatinya dipenuhi kegalauan. Ia berangan-angan andai saja anaknya berdiri di
depannya, kemudian ia mendekapnya, menciumnya, dan membelainya. Ia rela
berkorban apa saja untuk itu semua, walau dengan nyawanya sekalipun. Kedua
kakinya terlihat kaku, lisannya terdiam membisu, tulang-tulangnya nampak rapuh,
punggungnya yang membungkuk, kulitnya yang keriput dan suaranya yang serak
seakan tertahan dalam kerongkongan. Alangkah malangnya nasib perempuan tua ini.
Ia berdiri sembari kedua matanya menatap dengan penuh rasa ingin tahu. Kiranya
jawaban apa yang akan didengarnya dari utusan Allah ini? Melihat kepasrahannya,
dan terkejut atas kematian anaknya.
Maka Nabi SAW berkata, seakan
menenangkan sang ibu yang kehilangan puteranya tersebut, "Wahai Ibu
Haritsah, bukan hanya satu syurga, tetapi syurga di dalam syurga-syurga. Dan
kini Haritsah telah mencapai firdaus yang tertinggi…!!"
Takkala mendengar jawaban ini redalah
tangisnya dan kembalilah akalnya, lalu ia berkata “ya Rasulullah, ia
benar-benar berada di Jannah??” “iya,” jawb beliau SAW. Maka kembalilah
perempuan ‘YG BAHAGIA' ini ke rumahnya, disanalah ia mengisi hidup sambil
menanti datangnya kematian. Ia rindu untuk segera bersua dengan buah hatinya di
Jannah. Ia tak meminta ghanimah maupun harta, tidak pula mencari populariti. Ia
cukup redha dengan Jannah, selama berada di Jannah, ia bisa makan sepuasnya, berteduh
di bawah pohon-pohon rendang sesukanya, dan berkumpul bersama wajah-wajah yang
berseri karena melihat wajah Allah. Mereka semuanya redha didalamnya
1.Sayyidina Muhammad Rasulullah s.a.w.
2. Abu Bakar al-Siddiq r.a.
3. Umar bin al-Khattab r.a.
4. Uthman bin Affan r.a.
5. Ali bin Abu Tolib r.a.
6. Talhah bin ‘Ubaidillah r.a.
7. Bilal bin Rabbah r.a.
8. Hamzah bin Abdul Muttolib r.a.
9. Abdullah bin Jahsyi r.a.
10. Al-Zubair bin al-Awwam r.a.
11. Mus’ab bin Umair bin Hasyim r.a.
12. Abdur Rahman bin ‘Auf r.a.
13. Abdullah bin Mas’ud r.a.
14. Sa’ad bin Abi Waqqas r.a.
15. Abu Kabsyah al-Faris r.a.
16. Anasah al-Habsyi r.a.
17. Zaid bin Harithah al-Kalbi r.a.
18. Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawi
r.a.
19. Abu Marthad al-Ghanawi r.a.
20. Al-Husain bin al-Harith bin Abdul
Muttolib r.a.
21. ‘Ubaidah bin al-Harith bin Abdul
Muttolib r.a.
22. Al-Tufail bin al-Harith bin Abdul
Muttolib r.a.
23. Mistah bin Usasah bin ‘Ubbad bin
Abdul Muttolib r.a.
24. Abu Huzaifah bin ‘Utbah bin
Rabi’ah r.a.
25. Subaih (maula Abi ‘Asi bin
Umaiyyah) r.a.
26. Salim (maula Abu Huzaifah) r.a.
27. Sinan bin Muhsin r.a.
28. ‘Ukasyah bin Muhsin r.a.
29. Sinan bin Abi Sinan r.a.
30. Abu Sinan bin Muhsin r.a.
31. Syuja’ bin Wahab r.a.
32. ‘Utbah bin Wahab r.a.
33. Yazid bin Ruqais r.a.
34. Muhriz bin Nadhlah r.a.
35. Rabi’ah bin Aksam r.a.
36. Thaqfu bin Amir r.a.
37. Malik bin Amir r.a.
38. Mudlij bin Amir r.a.
39. Abu Makhsyi Suwaid bin Makhsyi
al-To’i r.a.
40. ‘Utbah bin Ghazwan r.a.
41. Khabbab (maula ‘Utbah bin Ghazwan)
r.a.
42. Hathib bin Abi Balta’ah al-Lakhmi
r.a.
43. Sa’ad al-Kalbi (maula Hathib) r.a.
44. Suwaibit bin Sa’ad bin Harmalah
r.a.
45. Umair bin Abi Waqqas r.a.
46. Al-Miqdad bin ‘Amru r.a.
47. Mas’ud bin Rabi’ah r.a.
48. Zus Syimalain Amru bin Amru r.a.
49. Khabbab bin al-Arat al-Tamimi r.a.
50. Amir bin Fuhairah r.a.
51. Suhaib bin Sinan r.a.
52. Abu Salamah bin Abdul Asad r.a.
53. Syammas bin Uthman r.a.
54. Al-Arqam bin Abi al-Arqam r.a.
55. Ammar bin Yasir r.a.
56. Mu’attib bin ‘Auf al-Khuza’i r.a.
57. Zaid bin al-Khattab r.a.
58. Amru bin Suraqah r.a.
59. Abdullah bin Suraqah r.a.
60. Sa’id bin Zaid bin Amru r.a.
61. Mihja bin Akk (maula Umar bin
al-Khattab) r.a.
62. Waqid bin Abdullah al-Tamimi r.a.
63. Khauli bin Abi Khauli al-Ijli r.a.
64. Malik bin Abi Khauli al-Ijli r.a.
65. Amir bin Rabi’ah r.a.
66. Amir bin al-Bukair r.a.
67. Aqil bin al-Bukair r.a.
68. Khalid bin al-Bukair r.a.
69. Iyas bin al-Bukair r.a.
70. Uthman bin Maz’un r.a.
71. Qudamah bin Maz’un r.a.
72. Abdullah bin Maz’un r.a.
73. Al-Saib bin Uthman bin Maz’un r.a.
74. Ma’mar bin al-Harith r.a.
75. Khunais bin Huzafah r.a.
76. Abu Sabrah bin Abi Ruhm r.a.
77. Abdullah bin Makhramah r.a.
78. Abdullah bin Suhail bin Amru r.a.
79. Wahab bin Sa’ad bin Abi Sarah r.a.
80. Hatib bin Amru r.a.
81. Umair bin Auf r.a.
82. Sa’ad bin Khaulah r.a.
83. Abu Ubaidah Amir al-Jarah r.a.
84. Amru bin al-Harith r.a.
85. Suhail bin Wahab bin Rabi’ah r.a.
86. Safwan bin Wahab r.a.
87. Amru bin Abi Sarah bin Rabi’ah
r.a.
88. Sa’ad bin Muaz r.a.
89. Amru bin Muaz r.a.
90. Al-Harith bin Aus r.a.
91. Al-Harith bin Anas r.a.
92. Sa’ad bin Zaid bin Malik r.a.
93. Salamah bin Salamah bin Waqsyi
r.a.
94. ‘Ubbad bin Waqsyi r.a.
95. Salamah bin Thabit bin Waqsyi r.a.
96. Rafi’ bin Yazid bin Kurz r.a.
97. Al-Harith bin Khazamah bin ‘Adi
r.a.
98. Muhammad bin Maslamah al-Khazraj
r.a.
99. Salamah bin Aslam bin Harisy r.a.
100. Abul Haitham bin al-Tayyihan r.a.
101. ‘Ubaid bin Tayyihan r.a.
102. Abdullah bin Sahl r.a.
103. Qatadah bin Nu’man bin Zaid r.a.
104. Ubaid bin Aus r.a.
105. Nasr bin al-Harith bin ‘Abd r.a.
106. Mu’attib bin ‘Ubaid r.a.
107. Abdullah bin Tariq al-Ba’lawi
r.a.
108. Mas’ud bin Sa’ad r.a.
109. Abu Absi Jabr bin Amru r.a.
110. Abu Burdah Hani’ bin Niyyar
al-Ba’lawi r.a.
111. Asim bin Thabit bin Abi al-Aqlah
r.a.
112. Mu’attib bin Qusyair bin Mulail
r.a.
113. Abu Mulail bin al-Az’ar bin Zaid
r.a.
114. Umair bin Mab’ad bin al-Az’ar
r.a.
115. Sahl bin Hunaif bin Wahib r.a.
116. Abu Lubabah Basyir bin Abdul
Munzir r.a.
117. Mubasyir bin Abdul Munzir r.a.
118. Rifa’ah bin Abdul Munzir r.a.
119. Sa’ad bin ‘Ubaid bin al-Nu’man
r.a.
120. ‘Uwaim bin Sa’dah bin ‘Aisy r.a.
121. Rafi’ bin Anjadah r.a.
122. ‘Ubaidah bin Abi ‘Ubaid r.a.
123. Tha’labah bin Hatib r.a.
124. Unais bin Qatadah bin Rabi’ah
r.a.
125. Ma’ni bin Adi al-Ba’lawi r.a.
126. Thabit bin Akhram al-Ba’lawi r.a.
127. Zaid bin Aslam bin Tha’labah
al-Ba’lawi r.a.
128. Rib’ie bin Rafi’ al-Ba’lawi r.a.
129. Asim bin Adi al-Ba’lawi r.a.
130. Jubr bin ‘Atik r.a.
131. Malik bin Numailah al-Muzani r.a.
132. Al-Nu’man bin ‘Asr al-Ba’lawi
r.a.
133. Abdullah bin Jubair r.a.
134. Asim bin Qais bin Thabit r.a.
135. Abu Dhayyah bin Thabit bin
al-Nu’man r.a.
136. Abu Hayyah bin Thabit bin
al-Nu’man r.a.
137. Salim bin Amir bin Thabit r.a.
138. Al-Harith bin al-Nu’man bin
Umayyah r.a.
139. Khawwat bin Jubair bin al-Nu’man
r.a.
140. Al-Munzir bin Muhammad bin ‘Uqbah
r.a.
141. Abu ‘Uqail bin Abdullah bin
Tha’labah r.a.
142. Sa’ad bin Khaithamah r.a.
143. Munzir bin Qudamah bin Arfajah
r.a.
144. Tamim (maula Sa’ad bin
Khaithamah) r.a.
145. Al-Harith bin Arfajah r.a.
146. Kharijah bin Zaid bin Abi Zuhair
r.a.
147. Sa’ad bin al-Rabi’ bin Amru r.a.
148. Abdullah bin Rawahah r.a.
149. Khallad bin Suwaid bin Tha’labah
r.a.
150. Basyir bin Sa’ad bin Tha’labah
r.a.
151. Sima’ bin Sa’ad bin Tha’labah
r.a.
152. Subai bin Qais bin ‘Isyah r.a.
153. ‘Ubbad bin Qais bin ‘Isyah r.a.
154. Abdullah bin Abbas r.a.
155. Yazid bin al-Harith bin Qais r.a.
156. Khubaib bin Isaf bin ‘Atabah r.a.
157. Abdullah bin Zaid bin Tha’labah
r.a.
158. Huraith bin Zaid bin Tha’labah
r.a.
159. Sufyan bin Bisyr bin Amru r.a.
160. Tamim bin Ya’ar bin Qais r.a.
161. Abdullah bin Umair r.a.
162. Zaid bin al-Marini bin Qais r.a.
163. Abdullah bin ‘Urfutah r.a.
164. Abdullah bin Rabi’ bin Qais r.a.
165. Abdullah bin Abdullah bin Ubai
r.a.
166. Aus bin Khauli bin Abdullah r.a.
167. Zaid bin Wadi’ah bin Amru r.a.
168. ‘Uqbah bin Wahab bin Kaladah r.a.
169. Rifa’ah bin Amru bin Amru bin
Zaid r.a.
170. Amir bin Salamah r.a.
171. Abu Khamishah Ma’bad bin Ubbad
r.a.
172. Amir bin al-Bukair r.a.
173. Naufal bin Abdullah bin Nadhlah
r.a.
174. ‘Utban bin Malik bin Amru bin
al-Ajlan r.a.
175. ‘Ubadah bin al-Somit r.a.
176. Aus bin al-Somit r.a.
177. Al-Nu’man bin Malik bin Tha’labah
r.a.
178. Thabit bin Huzal bin Amru bin
Qarbus r.a.
179. Malik bin Dukhsyum bin Mirdhakhah
r.a.
180. Al-Rabi’ bin Iyas bin Amru bin
Ghanam r.a.
181. Waraqah bin Iyas bin Ghanam r.a.
182. Amru bin Iyas r.a.
183. Al-Mujazzar bin Ziyad bin Amru
r.a.
184. ‘Ubadah bin al-Khasykhasy r.a.
185. Nahhab bin Tha’labah bin Khazamah
r.a.
186. Abdullah bin Tha’labah bin
Khazamah r.a.
187. Utbah bin Rabi’ah bin Khalid r.a.
188. Abu Dujanah Sima’ bin Kharasyah
r.a.
189. Al-Munzir bin Amru bin Khunais
r.a.
190. Abu Usaid bin Malik bin Rabi’ah
r.a.
191. Malik bin Mas’ud bin al-Badan
r.a.
192. Abu Rabbihi bin Haqqi bin Aus
r.a.
193. Ka’ab bin Humar al-Juhani r.a.
194. Dhamrah bin Amru r.a.
195. Ziyad bin Amru r.a.
196. Basbas bin Amru r.a.
197. Abdullah bin Amir al-Ba’lawi r.a.
198. Khirasy bin al-Shimmah bin Amru
r.a.
199. Al-Hubab bin al-Munzir bin
al-Jamuh r.a.
200. Umair bin al-Humam bin al-Jamuh
r.a.
201. Tamim (maula Khirasy bin
al-Shimmah) r.a.
202. Abdullah bin Amru bin Haram r.a.
203. Muaz bin Amru bin al-Jamuh r.a.
204. Mu’awwiz bin Amru bin al-Jamuh
r.a.
205. Khallad bin Amru bin al-Jamuh
r.a.
206. ‘Uqbah bin Amir bin Nabi bin Zaid
r.a.
207. Hubaib bin Aswad r.a.
208. Thabit bin al-Jiz’i r.a.
209. Umair bin al-Harith bin Labdah
r.a.
210. Basyir bin al-Barra’ bin Ma’mur
r.a.
211. Al-Tufail bin al-Nu’man bin
Khansa’ r.a.
212. Sinan bin Saifi bin Sakhr bin
Khansa’ r.a.
213. Abdullah bin al-Jaddi bin Qais
r.a.
214. Atabah bin Abdullah bin Sakhr
r.a.
215. Jabbar bin Umaiyah bin Sakhr r.a.
216. Kharijah bin Humayyir al-Asyja’i
r.a.
217. Abdullah bin Humayyir al-Asyja’i
r.a.
218. Yazid bin al-Munzir bin Sahr r.a.
219. Ma’qil bin al-Munzir bin Sahr
r.a.
220. Abdullah bin al-Nu’man bin
Baldumah r.a.
221. Al-Dhahlak bin Harithah bin Zaid
r.a.
222. Sawad bin Razni bin Zaid r.a.
223. Ma’bad bin Qais bin Sakhr bin
Haram r.a.
224. Abdullah bin Qais bin Sakhr bin
Haram r.a.
225. Abdullah bin Abdi Manaf r.a.
226. Jabir bin Abdullah bin Riab r.a.
227. Khulaidah bin Qais bin al-Nu’man
r.a.
228. An-Nu’man bin Yasar r.a.
229. Abu al-Munzir Yazid bin Amir r.a.
230. Qutbah bin Amir bin Hadidah r.a.
231. Sulaim bin Amru bin Hadidah r.a.
232. Antarah (maula Qutbah bin Amir)
r.a.
233. Abbas bin Amir bin Adi r.a.
234. Abul Yasar Ka’ab bin Amru bin
Abbad r.a.
235. Sahl bin Qais bin Abi Ka’ab bin
al-Qais r.a.
236. Amru bin Talqi bin Zaid bin
Umaiyah r.a.
237. Muaz bin Jabal bin Amru bin Aus
r.a.
238. Qais bin Mihshan bin Khalid r.a.
239. Abu Khalid al-Harith bin Qais bin
Khalid r.a.
240. Jubair bin Iyas bin Khalid r.a.
241. Abu Ubadah Sa’ad bin Uthman r.a.
242. ‘Uqbah bin Uthman bin Khaladah
r.a.
243. Ubadah bin Qais bin Amir bin
Khalid r.a.
244. As’ad bin Yazid bin al-Fakih r.a.
245. Al-Fakih bin Bisyr r.a.
246. Zakwan bin Abdu Qais bin Khaladah
r.a.
247. Muaz bin Ma’ish bin Qais bin
Khaladah r.a.
248. Aiz bin Ma’ish bin Qais bin
Khaladah r.a.
249. Mas’ud bin Qais bin Khaladah r.a.
250. Rifa’ah bin Rafi’ bin al-Ajalan
r.a.
251. Khallad bin Rafi’ bin al-Ajalan
r.a.
252. Ubaid bin Yazid bin Amir bin
al-Ajalan r.a.
253. Ziyad bin Lubaid bin Tha’labah
r.a.
254. Khalid bin Qais bin al-Ajalan
r.a.
255. Rujailah bin Tha’labah bin Khalid
r.a.
256. Atiyyah bin Nuwairah bin Amir
r.a.
257. Khalifah bin Adi bin Amru r.a.
258. Rafi’ bin al-Mu’alla bin Luzan
r.a.
259. Abu Ayyub bin Khalid al-Ansari
r.a.
260. Thabit bin Khalid bin al-Nu’man
r.a.
261. ‘Umarah bin Hazmi bin Zaid r.a.
262. Suraqah bin Ka’ab bin Abdul Uzza
r.a.
263. Suhail bin Rafi’ bin Abi Amru
r.a.
264. Adi bin Abi al-Zaghba’ al-Juhani
r.a.
265. Mas’ud bin Aus bin Zaid r.a.
266. Abu Khuzaimah bin Aus bin Zaid
r.a.
267. Rafi’ bin al-Harith bin Sawad bin
Zaid r.a.
268. Auf bin al-Harith bin Rifa’ah
r.a.
269. Mu’awwaz bin al-Harith bin
Rifa’ah r.a.
270. Muaz bin al-Harith bin Rifa’ah
r.a.
271. An-Nu’man bin Amru bin Rifa’ah
r.a.
272. Abdullah bin Qais bin Khalid r.a.
273. Wadi’ah bin Amru al-Juhani r.a.
274. Ishmah al-Asyja’i r.a.
275. Thabit bin Amru bin Zaid bin Adi
r.a.
276. Sahl bin ‘Atik bin al-Nu’man r.a.
277. Tha’labah bin Amru bin Mihshan
r.a.
278. Al-Harith bin al-Shimmah bin Amru
r.a.
279. Ubai bin Ka’ab bin Qais r.a.
280. Anas bin Muaz bin Anas bin Qais
r.a.
281. Aus bin Thabit bin al-Munzir bin
Haram r.a.
***. Abu Syeikh bin Ubai bin Thabit
r.a.
283. Abu Tolhah bin Zaid bin Sahl r.a.
284. Abu Syeikh Ubai bin Thabit r.a.
285. Harithah bin Suraqah bin
al-Harith r.a.
286. Amru bin Tha’labah bin Wahb bin
Adi r.a.
287. Salit bin Qais bin Amru bin ‘Atik
r.a.
288. Abu Salit bin Usairah bin Amru
r.a.
289. Thabit bin Khansa’ bin Amru bin
Malik r.a.
290. Amir bin Umaiyyah bin Zaid r.a.
291. Muhriz bin Amir bin Malik r.a.
292. Sawad bin Ghaziyyah r.a.
293. Abu Zaid Qais bin Sakan r.a.
294. Abul A’war bin al-Harith bin
Zalim r.a.
295. Sulaim bin Milhan r.a.
296. Haram bin Milhan r.a.
297. Qais bin Abi Sha’sha’ah r.a.
298. Abdullah bin Ka’ab bin Amru r.a.
299. ‘Ishmah al-Asadi r.a.
300. Abu Daud Umair bin Amir bin Malik
r.a.
301. Suraqah bin Amru bin ‘Atiyyah
r.a.
302. Qais bin Mukhallad bin Tha’labah
r.a.
303. Al-Nu’man bin Abdi Amru bin
Mas’ud r.a.
304. Al-Dhahhak bin Abdi Amru r.a.
305. Sulaim bin al-Harith bin
Tha’labah r.a.
306. Jabir bin Khalid bin Mas’ud r.a.
307. Sa’ad bin Suhail bin Abdul Asyhal
r.a.
308. Ka’ab bin Zaid bin Qais r.a.
309. Bujir bin Abi Bujir al-Abbasi
r.a.
310. ‘Itban bin Malik bin Amru
al-Ajalan r.a.
311. ‘Ismah bin al-Hushain bin Wabarah
r.a.
312. Hilal bin al-Mu’alla al-Khazraj
r.a.
313. Soleh bin Syuqrat r.a. (khadam
Nabi s.a.w.)
KEMATIAN ABU JAHAL
Abdul al-Rahman bin Auf menceritakan:
“Sesungguhnya daku di dalam saf peperangan Badar, bila aku memerhatikan di
hadapan, aku dapati di kiri dan di kananku dua orang belia masih muda, daku
bagaikan tidak berasa selamat terhadap diri mereka”. Salah seorang dari mereka
bertanyakan padaku dan meminta merahsiakan penyataannya itu dari kawannya yang
seorang lagi, katanya: “Pak Cik tunjukkan saya mana dia Abu Jahal”, jawabku:
“Anakku! Apa yang kamu hendak buat dengannya?” katanya pula: “Saya mendapat
tahu yang ianya selalu memaki Rasulullah s.a.w” tambah beliau lagi: “Demi Tuhan
yang nyawa ku di tanganNya, kalaulah aku ternampaknya nescaya diri ku tidak
akan renggang dari dirinya, kecuali kematian sahaja yang akan meragut mana-mana
satu yang lebih segera ajalnya, aku kehairanan dengan sikapnya itu”. Kata Abdul
al-Rahman lagi: “Sekali lagi aku dikerling oleh pemuda yang seorang lagi dengan
isyarat sambil beliau berkata kepadaku seperti pemuda yang pertama juga, daku
pun terus memandang-mandang ke arah Abu Jahal yang terkial-kial di
tengah-tengah orang ramai”, dan ku berkata kepada mereka berdua: “Kamu tengok
tak? “Itu dia orang yang kamu bertanyakan tadi”.
Kedua-dua mereka pun menerkam dengan
pedang ke arah Abu Jahal dan segera menerbangkan nyawanya, terus mereka pergi
menemui Rasulullah dan menceritakan kepada Baginda, lantas Rasulullah pun
bertanya: “Siapa di antara kamu yang membunuhnya? Jawab tiap dari mereka: “Saya
Rasulullah”. Tanya Baginda: “Apakah kamu sudah mengesat pedang kamu?” Jawab
mereka: “Tidak, Rasulullah pun melihat kepada kedua-dua pedang mereka”, maka
sabda Rasulullah s.a.w: “Ya kedua-dua kamulah yang membunuhnya”. Setelah
selesai peperangan Rasulullah pun menyerahkan rampasan perang kepada kedua-dua
pemuda tadi iaitu Muaz bin Amru bin al-Jumahi dan Muawiz bin Afra’.
Ibnu Ishak meriwayatkan bahawa Muaz
bin Amru bin al-Jumahi berkata: “Daku dengar cerita mengenai kaum musyrikin dan
Abu Jahal sedang dikawal rapi, bak pokok besar yang diselaputi oleh pokok
semalu yang rimbun, sukar untuk ditembus benteng pengawalan itu, beginilah
gambaran pedang-pedang dan tombak-tombak yang memagar Abu Jahal”. Mereka semua
melaung: “Abu al-Hakim sukar untuk sampai kepadanya.” Kata Muaz: “Bila aku
mendengar laungan itu, aku terus memberi perhatian dan bertekad untuk mendapat
peluang, sebaik sahaja aku mendapati kesempatan membuat pukulan terus ku
menerpa dan memenggal separuh kakinya, demi Allah tiada bahasa yang dapat ku
gambarkan peristiwa ini selain dari gambaran sebiji keras yang dipecahkan
dengan hentakan kayu hingga berkecai kulitnya itulah gambaran yang dapat
kugambarkan, di masa itu anaknya Ikrimah telah menetak aku dengan pedangnya
hingga terkulai sebelah tanganku yang masih tersangkut dengan kulitku,
peperangan sengit menyiksaku, sepanjang hari itu aku berperang dengan mengheret
tangan ku yang terkulai itu, bila terasa membebankan sangat ku pijak dengan
kakiku hingga ianya tercabut putus dari badanku”. Di masa itu Mu’az bin Afra’,
melalui berhampiran Abu Jahal yang sudah cedera itu, Mu’az pun terus menggasak
Abu Jahal dengan pedangnya hingga terhumban jatuh dan ditinggalkan bernyawa
ikan, sedang Mu’az terus berperang hingga jatuh sebagai seorang syahid.
Setelah selesai peperangan Rasulullah
s.a.w memerintah supaya dicari Abu Jahal dengan sabdanya: Siapa boleh tengok
apa yang dilakukan oleh Abu Jahal, semua orang keluar mencari-cari Abu Jahal,
akhirnya Abdullah bin Masud r.a menjumpainya yang masih bernyawa ikan, Abdullah
meletakkan kakinya ke atas leher Abu Jahal dan memegang janggutnya untuk
memenggal kepalanya dan berkata adakah Allah memalukan kau wahai musuh Allah?”
Tanya Abu Jahal: “Dengan apa dimalukan aku? Tiada sebarang aib pun ke atas ku,
aku tidak lebih dari seorang yang dibunuh oleh kaumnya sendiri. Atau apakah aku
ini lebih dari seorang yang kamu bunuhnya?” dan katanya lagi: “Aku mahu bukan
orang bawahan yang membunuh aku”, dan tanya Abu Jahal: “Hari ini suasana
berpihak kepada siapa?” Jawab Ibnu Masud: “Kepada Allah dan RasulNya?” kemudian
beliau berkata lagi kepada Ibnu Masud yang sedang meletak kakinya ke atas leher
Abu Jahal: “Kau sedang mendaki satu tangga yang sukar wahai si pengembala
kambing”. Dan memanglah sebelum ini Ibnu Masud adalah seorang pengembala
kambing di Makkah.
Setelah selesai dailog di antara
mereka ini Ibnu Masud pun memenggal lehernya dan dibawanya ke hadapan
Rasulullah s.a.w seraya berkata: “Wahai Rasulullah, Ini dia kepala Abu Jahal
musuh Allah”, jawab Rasulullah dan Baginda mengulanginya tiga kali kemudian
menyebutnya lagi: “Ayuh tunjukkan daku mana dia jasad Abu Jahal itu”, kami pun
pergi ke tempat jasadnya yang tersadai itu dan menunjukkannya kepada Baginda
dan kemudian Baginda bersabda: “Inilah dia Firaun umat ini”.
Catatan-catatan:
1. Jumlah ahli Badar adalah 313 orang, yang
benar-benar ikut diantara mereka hanya 305 orang saja, sedangkan 8 orang yang
lain tidak ikut serta karena ada uzur, Rasulullah sendiri memberikan bahagian
saham kepada mereka dari ghanimah yang berhasil direbut dari tangan kaum
musyrikin Quraisy dan mereka adalah:
Dari golongan Muhajirin:
1.
‘Uthman
bin ‘Affan, beliau memerintah Utsman supaya menunggui
isterinya,
Ruqayyah putri Rasulullah yang sedang sakit, dan ‘Uthman menunggunya sampai isterinya
meninggal dunia.
2. Thalhah bin ‘Ubaidillah.
3. Sa’id bin Zaid
Rasulullah mengirim dua orang ini ( Thalhah
bin Ubaidillah dan Sa’id bin Zaid ) untuk mencari-cari informasi tentang
kafilah dagang Quraisy.
Dari golongan Anshar:
1.
Abu
Lubabah bin Abdul Mundzir, beliau menunjuknya sebagai
wakilnya di Madinah.
2. ‘Ashim
bin Adi Al-‘Ajlani, beliau menunjuknya sebagai wakilnya atas penduduk ‘Aliyah.
3.
Harits
bin Hathib Al-Amari, beliau mengembalikannya dari Rauha’ ke bani Amru bin Auf
lantaran beliau mendengar berita yang tidak mengenakkan tentang mereka.
4. Harits
bin Shimmah
5. Khawwat bin Jubair
Disebabkan
keimanan mereka kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah memberi bantuan kepada
tentera Islam. Wahyu diturunkan ketika peperangan hendak bermula: ”Hai, Nabi!
Kerahkanlah orang-orang Mu’min itu bertempur! Dua puluh orang Mu’min yang
sabar, akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh dan seratus orang (Muk’min
yang sabar) akan dapat mengalahkan seribu orang-orang kafir, kerana orang-orang
kafir itu tidak mempunyai dasar yang teguh.”
emperor casino games
ReplyDeletePlay 1xbet korean Emperor Casino games to win massive jackpots on PC, PlayStation and mobile. Join us today for exciting promotions and the 메리트 카지노 best online casino Rating: 4.9 · 15 제왕 카지노 votes · Free · Game