Sebelum Rasulullah
SAW dilahirkan, kisah kelahiran baginda telah diceritakan lebih awal di dalam
Kitab Taurat dan Injil. Dikenali dengan nama Ahmad, dan bukannya Muhammad
sebagaimana setelah dilahirkan. Kelahiran agung itu telah dihafal dan dijiwai
oleh pendeta Nasrani dan rahib Yahudi, hingga mereka mengenali sifat Rasulullah
SAW itu lebih daripada anak mereka sendiri. Malah ada yang ternanti-nanti
kelahiran tersebut dan mengharap Nabi tersebut adalah dari kalangan mereka.
Ketika telah terjadi
kelahiran Rasulullah SAW, mereka segera mengenalinya melalui tanda-tanda yang
telah tersebut di dalam Kitab Taurat dan Injil. Ketika tiba seruan Islam dari
Rasulullah SAW, merekalah yang menjadi penentang karana iri hati dan dengki,
bukan kerana tidak tahu kebenaran. Hingga kini, Yahudi dan Nasrani tidak berhenti
memusuhi Islam. Mereka terus menerus mengkaji rahsia-rahsia kekuatan umat Islam
dengan tujuan untuk melumpuhkan ajaran Islam.
Mereka sentiasa
berusaha agar umat Islam leka dengan rahsia keagungan Islam yang telah dibina
oleh Rasulullah SAW. Mereka lupakan umat Islam dari iman dan taqwa. Mereka
menanamkan sikap cinta akan dunia yang membawa umat Islam menjadi lemah. Firman
Allah:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau
suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah
terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah
(Agama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika
engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi)
pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh
dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.
(Al Baqarah: 120)
Ketika Sepanyol
hendak ditakluki kembali oleh puak Kristian dari tangan umat Islam, pelbagai
strategi diatur dengan begitu rapi. Pemimpin mereka berpesan, “Jika
kamu melihat mata umat Islam cerah (tidak kuyu atau merah kerana kurang
tidur-beribadah malam ), waktu itu seranglah mereka. Sedangkan jika kamu lihat
mereka sembahyang malam, kamu tidak akan dapat mengalahkan mereka.”
Kini abad baru telah
tiba. Bagi umat Islam di akhir zaman khususnya di abad ke-21 Masihi ini,
sebenarnya ada janji Allah untuk kebangkitan kembali Islam buat kali kedua.
Masalah ini bagi sebahagian umat Islam dipandang remeh, kurang yakin bahkan ada yang menolak dan
menentang. Termasuk di kalangan ulama
yang terpengaruh dengan orentalis Barat ( Islam liberal ).
Keyakinan umat Islam
terhadap hadith berkaitan akhir zaman dimentahkan dengan memberitakannya
sebagai hadith dhaif atau palsu. Akhirnya umat Islam terus dibelenggu oleh
kepompong ciptaan Yahudi dan Nasrani. Sedangkan dipihak mereka (Yahudi dan
Nasrani), telah bersiap-siap lebih awal dan bersiaga dengan kebangkitan yang
dijanjikan oleh Allah SWT itu.
Ini dapat kita lihat,
seorang peramal berbangsa Yahudi yang terkenal telah meramalkan kebangkitan
Islam di tahun 2000 bermula dari sebelah Timur. Bagi saya, ini bukan
semata-mata ramalan, tetapi adalah tafsiran atau hasil analisis hadith oleh
pakar-pakar Yahudi. Mereka amat peka terhadap hadith-hadith yang menyebut
secara khusus kebangkitan Islam. Kebangkitan Islam berarti kejatuhan dan
kekalahan mereka. Segala kepalsuan dan kebathilan mereka akan terbongkar, dan
segala kezaliman akan bertukar keadilan.
Memang secara jelas
disebut di dalam hadith tidak boleh mempercayai ramalan nujum. Tetapi apabila
telah ada hadith yang mendahului ramalan itu, bukanlah nujum. Seringkali itu
dikatakan sebagai ramalan hanya untuk mengelabui umat Islam. Mereka katakan itu
ramalan mereka, sedangkan sebenarnya itu adalah tafsir atau hasil kajian dari
hadits yang mereka sembunyikan dari umat Islam selama ini.
Umat Islam dikelabui
dengan hadith, mereka tipu juga umat Islam dengan menamakan hasil kajian hadith
sebagai ramalan (nujum) mereka. Di antara yang disebut oleh Michael Nostradamus
(1503-1566) seorang warga Perancis keturunan Yahudi, tokoh peramal dari Barat
yang terkenal, yang dikatakan banyak ramalannya yang tepat. Menurut ramalan
beliau yang ditulis semula oleh V. J. Hewitt dan Peter Lorie dalam buku The End
of the Millennium, Prophecies : 1992 to 2001, beliau meramalkan pada tahun
2000, disebutkan secara lebih khusus mengenai munculnya seorang pemimpin Islam
yang bakal merubah dunia.
Menurut beliau:
1.Akan muncul A New
World Religion.
2.Dipimpin oleh
seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
3.Dia muncul dari
negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
4.Kemunculannya
menggemparkan Timur dan Barat.
5.Ketika muncul, dia
memakai serban biru (The Blue Turban).
6.Dia merayakan hari
Kamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.
Di sini diuraikan
tentang hal-hal yang disebut oleh Nostradamus berdasarkan hadith, sekaligus
membuktikan terdapat “mala-fide” Yahudi dalam konspirasi menipu umat Islam.
1. Akan muncul A New
World Religion. Kemunculan satu kuasa baru dunia berlandaskan agama telah
disebut secara nyata oleh Rasulullah SAW di dalam beberapa hadith. Di
antaranya: Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya
Allah akan membangkitkan bagi umat ini (Islam) pada awal setiap seratus tahun
seorang mujaddid yang bakal memperbarui (menghidupkan) urusan agamanya.”
(Riwayat Abu Daud, Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu Hajar Al Asqalani) Imam
As Sayuti berkata: Para penghafal hadits sepakat mengatakan hadits ini sahih)
Kita kini berada di awal kurun Hijrah ke-15, yaitu 1420 Hijrah. Mengikuti
tafsiran ulama, yang dikatakan awal masa itu adalah 1/4 yang pertama.
Maknanya kita kini
berada di awal masa. Sebagaimana janji Allah melalui lidah Rasulullah SAW ini,
pastinya akan lahir seorang pemimpin yang akan menghidupkan syiar serta
perjuangan Islam di zaman ini. Bertepatan juga kita melangkah ke abad ke-3
Masehi dan berada di awal tahun 2000. Dalam sebuah hadits yang lain, bersabda
Rasulullah SAW:
“Telah
berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu
sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan
(Khulafa’-ur-Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah
zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya lalu
berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki.
Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan
penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah zaman itu
seperti mana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan
(zaman Al Mahdi dan Isa a.s) yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian.
Kemudian baginda diam.” (Riwayat Ahmad)
Secara umum apabila
kita meneliti sejarah, zaman kenabian, zaman Khulafa’-ur-Rasyidin, zaman fitnah
(pemerintah telah rusak sedang rakyat masih baik), zaman diktator (penjajahan
Yahudi dan Nasrani) dan kini adalah giliran zaman seperti zaman kenabian itu
berulang kembali. Inilah yang dimaksudkan sebagai A New World Religion oleh Nostradamus.
2. Dipimpin oleh
seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East. Kebangkitan yang
dimaksudkan itu akan dipimpin oleh seorang pemimpin dari Timur sebagai
pencetusnya. Di dalam beberapa hadits disebutkan berkenaan pemimpin dari Timur
itu:
a). Daripada Ibnu
Umar, bahwa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda
berkata: “Akan keluar dari sulbi ini
seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu
menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya
dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.”
(Hadits riwayat At Tabrani)
b). Dari Tsauban r.a
dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan
datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati
mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa yang berani).
Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan
berbai’atlah kepada mereka sekalipun harus merangkak di atas salju.
(Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)
3. Dia muncul dari
negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat
perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut. Siapa saja
yang merasakan kedudukan mereka terancam akan membuat kajian dan menyusun
strategi untuk menyelamatkan diri. Begitupula Yahudi dan Nasrani yang telah
tahu tentang kebangkitan Islam di akhir zaman.
Jika diperhatikan,
faktor geografi Semenanjung Tanah Melayu hampir menepati ramalan itu Memang Timur itu
tidak ditentukan di manakah negaranya melalui hadith. Ini adalah kajian pihak
musuh, akhirnya mereka berpendapat negara tersebut terletak dalam lingkungan
tiga buah laut di sebelah Timur. Mereka mencari negeri yang ada ciri demikian
dan di negeri-negeri tersebut, mereka menjalankan ‘kerja-kerja kotor’ iaitu
mencuba memadamkan kalimah Illahi dengan pelbagai cara. Dengan berbuat
demikian, mereka berharap dapat menghalang kebangkitan Islam yang kedua dari
kawasan yang telah disebutkan itu. Oleh kerana itulah, wilayah-wilayah di
Malaysia dan Indonesia sejak dahulu menjadi sasaran utama mereka karena mereka
yakin dari sanalah akan bangkitnya “The Man from The East” itu. Selain itu,
mereka juga membangun pangkalan (pusat operasi) di dekatnya iaitu di Filiphina
dan Singapura.
Filipina adalah
pusat bagi operasi bagi kaum Nasrani (Amerika Syarikat) manakala Singapura pula
adalah pusat operasi bagi Yahudi Zionis (Israel). Dari kedua tempat itu mereka
memantau seluruh Asia Tenggara, terutama Malaysia dan Indonesia karena
dipercayai oleh mereka bahawa Pemuda Bani Tamim itu berasal dan berkembang di
rantau ini. Itulah bukti betapa kuatnya kepercayaan para Rahib Yahudi dan
Pendeta Nasrani terhadap kemunculan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu serta
kawasan di mana mereka berdua akan dibangkitkan.
Namun, kerana
permusuhan yang sangat kuat, setiap pergerakan mereka ini dibuat atas nama
perdagangan, hubungan politik, ekonomi, pertahanan, ketenteraan dan sebagainya
sehingga tidak kelihatan niat sebenar meraka pada umat Islam di kawasan ini. Di
samping itu, mereka juga sangat teliti menyimpan rahsia berkaitan niat asal
mereka, sehingga tidak pernah diketahui oleh sesiapapun umat Islam di kawasan
ini sejak dulu hingga hari ini.
4. Kemunculannya
menggemparkan Timur dan Barat. Semua manusia di seluruh dunia akan terkejut
dengan perlantikannya sebagai pemimpin manusia di Timur. Pernyataan ini
disebutkan oleh Nostradamus dengan tegas dalam buku ramalannya.
Ketika itu,
kebanyakan urusan perniagaan akan terhenti atau lumpuh seketika sebelum pulih
di negara-negara lain. Di negara tempat beliau zahir itu, ekonominya akan
lumpuh terus dan lenyap lalu beliau gantikan dengan sistem ekonomi Islam yang
lebih adil dan sangat stabil. Sistem ekonomi Islam yang beliau terapkan nanti
akan turut menggemparkan seluruh ahli ekonomi dan tokoh perniagaan serta
pakar-pakar di seluruh dunia.
Sistem ekonomi Islam
beliau menyebabkan sistem kapitalis, sosialis dan sebagainya itu akan hancur,
lumpuh dan tidak berdaya. Akhirnya, sistem ekonomi Islam yang beliau terapkan
akan berkembang pesat dan meruntuhkan seluruh sistem ekonomi yang telah ada di
dunia. Perkara ini termasuk dalam sifat keadilan yang dibawa oleh pemimpin
tersebut. Kedatangannya memenuhi dunia dengan keadilan sepertimana sebelum ini
dipenuhi oleh kezaliman.
Dan telah
mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu
Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya : “Ketika kami berada di sisi
Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok anak-anak muda dari kalangan Bani
Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah berlinang air
mata dan wajah beliau berubah. Akupun bertanya : “Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?”.
Beliau menjawab : “Kami Ahlul bait telah Allah
pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana
dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari
sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka
meminta kebaikan , tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan
memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetepi
mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki
dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi
dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka
datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al
Mahdi.”
Keadilan yang
ditegakkan itu secara menyeluruh meliputi setiap aspek seperti politik,
ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al Ausat,
dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda:
“Akan
keluar dari sulbi ini pemuda yang memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi).
Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari
Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji
Al Mahdi”.(dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh
Imam Sayuti)
5. Ketika muncul, dia
memakai serban biru (The Blue Turban). Oleh kerana pemimpin tersebut adalah
seorang pejuang Islam yang amat cinta kepada Rasulullah SAW, pastilah segala
sunnah Rasul itu diperjuangkannya. Tidak mungkin seorang pejuang Islam tidak
berserban seperti Rasulullah SAW.
Disebutkan tentang
warna serban, sebenarnya banyak hadits menyebut tentang serban pemimpin ini,
baik secara khusus ataupun secara umum. Khususnya di dalam kitab Jamiussoghir
karangan Imam As Sayuti. Ketika kemunculannya hanya dia seorang yang memakai
serban berwarna biru di dunia ini. Mungkin serban biru itu tidak selalu
dipakainya, cuma sekali-sekali saja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi
bukti bahwa hanya beliau seorang yang sanggup memakai serban biru. Ulama lain
ketika itu, terutama ulama fiqih, sudah tidak sanggup lagi meletakkan serban di
atas kepala sebagai pakaian harian, apalagi untuk memakai serban yang berwarna
biru atau hijau.
Berat juga pernyataan
dari Nostradamus ini merujuk kepada pemakaian serban berwarna biru ketika
zahirnya Pemuda Bani Tamim ini dengan mendapat kekuasaan di dunia sebelah Timur
itu. Maknanya, serban warna biru itu dipakainya ketika beliau pertama kali
mendapat kuasa di negeri sebelah Timur dan ketika diberikan baiat oleh sekalian
manusia. Mungkin begitulah yang dimaksudkan serban biru oleh Nostradamus.
6. Dia merayakan hari
Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya. Ini suatu yang tidak lazim bagi
kebanyakan umat Islam ketika itu, di seluruh dunia termasuk oleh para ulamanya.
Maksudnya di sini adalah, hari Khamis malam Jumaat. Malam yang lazimnya
orang-orang Islam membaca Surah Yasin selepas Maghrib di masjid, di musholla
atau di rumah. Beliau menjadikannya istimewa kerana pada malam Jumaat itulah, beliau
akan memperbanyak zikir, doa dan sebagainya seolah-olah orang yang menyambut
malam yang besar. Mungkin maksudnya beliau menjadikan malam Jumaat itu sebagai
masa untuk membaca selawat dan mengamalkan zikrullah sehingga jadilah malam
Jumaat itu sangat istimewa bagi dirinya.
Dan memang begitu
keadaannya, bagi para solihin dan wali-wali sejak zaman para sahabat hingga
kini, mereka menjadikan hari Khamis malam Jumaat sebagai satu hari raya dan
malam berpesta-pesta amal dan taqarrub kepada Allah. Itulah maksud sebenarnya
yang dikatakan oleh tokoh peramal Barat yang terkenal, Nostradamus, dengan
kenyataan bahawa, beliau menjadikan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi
dirinya. Maksudnya di sini juga, umat Islam ketika itu sudah semakin jauh
meninggalkan ajaran agamanya sendiri, sehingga hari Khamis malam Jumaat yang
mulia itupun sudah dianggap tiada perbezaan dari hari-hari dan malam-malam
lainnya.
Tahun yang disebut
iaitu tahun 2000 Masihi telah tiba. Sebagai orang yang beriman dengan hadith,
sepatutnya kita peka dengan perkara ini. Di mana, ketika ini pihak musuh Islam
jauh lebih peka berbanding umat Islam, maklumlah mereka dijanjikan untuk
menerima kekalahan. Sedangkan bagi umat Islam, telah dijanjikan kemenangan.
Hanya yang perlu, penuhi jiwa dengan iman dan taqwa, serta berusahalah untuk
mendapatkan pimpinan dari pemimpin yang dimaksudkan itu.
Dari Tsauban R.A, dia
berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan
datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan
kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada
mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salju.(dikeluarkan
dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim) (dari kitab Al Hawi lil
fatawa oleh Imam Sayuti) (Riwayat Al-Hafiz Abu Naim)”.
Sebelum
kedatangan Islam, Nusantara adalah
daerah beragama budha-hindu dan menganut kepercayaan animisme dan dinamisme.
Lalu datanglah beberapa gelombang wali-wali yang langsung berasal dari timur
tengah. Banyak ditemukan di beberapa negeri di Malaysia makam para wali-wali.
Jika kita perhalusi
dan mengkaji lagi setelah Malaysia dijajah oleh penjajah saat itu yang salah
satu misinya adalah mengkafirkan umat Islam di Nusantara, tetapi ternyata umat
Islam dia Asia Tenggara tidak dapat dimusnahkan, malah semakin membesar. Hal
ini tidak terjadi di Afrika. Penjajahan di Afrika dapat mengubah agama di sana
yang semula Islam menjadi bukan Islam.
Mengapa hal itu
terjadi? Mengapa para wali atau yang disebut oleh ahli sejarah sebagai pedagang
dari Hujarat itu datangnya ke Tanah Jawi, tidak ke China, ke Roma, atau Persia
yang waktu itu menjadi Empire. Jawapannya adalah kerana mereka menagih janji
Tuhan melalui Rasulullah SAW bahwa Islam akan bangkit untuk kedua kalinya di
bumi sebelah Timur. Hati mereka digerakan oleh Tuhan untuk mempersiapkan timur
ini. Kita adalah orang Timur. Sebenarnya ini adalah kasih sayang Tuhan kepada
kita. Hanya Melayulah bangsa yang belum pernah memegang kekuasaan dunia. Tetapi
Tuhan menjanjikannya melalui Kebangkitan Islam kedua.
Kami akan
memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan
pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Quran itu
benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia
menyaksikan segala sesuatu.
Dia telah turun
ReplyDeleteWww.pemimpin-islam.blogspot.com
ReplyDeleteWww.pemimpin-islam.blogspot.com
ReplyDeletepertemuan 3 lautan adalah di kepulauan borneo. titik matahari terbit. dan tepat di garisan timur di tanah sabah. semanjung malaysia,jawa dan sumatera adalah tenggara. bukan timur. cuci tu otak sikit.
ReplyDeleteLaut china selatan,dulu dn sulawesi. Pemuda bani tamim akan muncul dari tanah nusantara.iaitu kepulauan melayu.Tanah semenanjung tu adalah tanah besar. Tp, kerana ia pusat pentadbiran negara,maka kekuasaan pertama adalah lumpuhnya KERAJAAN demokrasi Msia. Jelasnya, pemuda bani tamim berasal dari Borneo utara Dan búkan berbangsa melayu cuma rumpun melayu...
DeleteKalau menurut saya 3 lautan itu Indonesia ,dari Sabang sampai marauke
ReplyDelete